Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA KE-9, 1441H / 2019M [3-5 DISEMBER 2019] DI DEWAN PLENARY, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS.
26 Nov 2019

‚Äčposter Musabaqah 1441-2019.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 November 2019 - Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9, 1441H / 2019M akan diadakan selama 3 malam berturut-turut, mulai 3 hingga 5 Disember 2019, di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Musabaqah tersebut akan disertai oleh 21 qari dan qariah dari negara-negara anggota ASEAN juga penyertaan Republik Demokratik Timor Leste, yang berumur 15 hingga 30 tahun.

Negara Brunei Darussalam akan diwakili oleh johan qari dan qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2019, anjuran KKBS, iaitu Awang Abdull Muin bin Haji Abdul Hamid; dan Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Marjuki.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ujarnya, akan berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Hadiah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9, 1441H / 2019M pada Malam Ketiga, yang akan diadakan pada Khamis, 5 Disember 2019.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama meramaikan dan mengimarahkan Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara itu nanti.

Attachments