Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
SUKARELAWAN BELIA BRUNEI DENGAN SOKONGAN KKBS MENGUNGKAYAHKAN SUMBANGAN PANDU LALU
16 Apr 2020

Sukarelawan Belia Brunei dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengungkayahkan Sumbangan Pandu Lalu:

Tempat:      Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Mula:          16 April 2020 – akan dilaratkan hingga bulan Ramadan (setakat ini belum ada tarikh tutup yang ditetapkan lagi)

Jam:           8 pagi – 5 ptg (setiap hari) dan Jumaat (9-11 pagi dan 2-5 ptg)

Antara barangan sumbangan yang diperlukan adalah peralatan pembersihan, seperti cecair pencuci tangan, cecair pencuci lantai, pencuci tangan, tisu, penyapu tandas, selain makanan-makanan kering, seperti roti atau biskut, minuman campur, makanan dalam tin, ubi kentang, minuman tiga dalam satu, di samping 'toiletries'.

Barang-barang sumbangan yang sudah diasingkan dan dibungkus akan dihantar oleh para sukarelawan kepada orang-orang yang memerlukan, iaitu seperti warga emas, golongan ibu tunggal, keluarga yang kurang berkemampuan dengan bantuan penghantaran daripada KKBS.

Orang-orang yang memerlukan dikenal pasti melalui senarai nama daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), WeCare dan beberapa buah agensi lainnya.

Selain itu, para sukarelawan juga menjadi mata dan telinga rakyat dengan mengenal pasti juga mencari orang-orang yang memerlukan bantuan yang tidak tersenarai dalam senarai di bawah JAPEM, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) atau mana-mana agensi agar kebajikan mereka terus terpeduli dan tidak tercicir.

Diharapkan lebih ramai lagi orang yang akan memberikan atau menghulurkan sumbangan agar dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan, terutama sekali pada ketika ini, saat seluruh dunia menangani penularan wabak COVID-19.

Poster - SUMBANGAN PANDU LALU

Attachments