Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
PERKHIDMATAN FOOD TRUCK DENGAN KAEDAH PERNIAGAAN SECARA PANDU LALU (DRIVE-THRU) SEPANJANG BULAN RAMADHAN TAHUN 2020
01 May 2020

‚ÄčBANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Mei 2020 - Merujuk siaran akhbar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertarikh 04 Ramadhan 1441H / 28 April 2020M serta atas nasihat Kementerian Kesihatan, dan juga mengambilkira situasi penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada masa ini, maka sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan telah menyediakan Perkhidmatan Food Truck untuk para peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadhan dan bagi memudahkan orang ramai untuk membelinya.

Perkhidmatan Food Truck ini berkonsepkan kepada pembelian secara pick up dan pandu lalu (drive-thru).

Tempat: Kawasan letak kereta, Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan sekitarnya

Tarikh: Bermula 01hb Mei 2020 (Jumaat) sehingga berakhirnya bulan Ramadhan.

Jam:  1.00 petang hingga 7.00 malam (Isnin hingga Ahad)

          2.00 petang hingga 7.00 malam (setiap hari Jumaat)

Sebanyak 13 buah syarikat telah menyertai perkhidmatan Food Truck ini diantaranya adalah Dapur Mega Mahligai, Par Food & Beverage Sdn Bhd @ Coffee Bean and Tea Leaf, Syarikat Izzatul Zahra, Casbah London Kebab, Take Away, Khal's Coffee dan beberapa buah syarikat lagi.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana lebih mudah, cepat dan selamat. Adalah dinasihatkan kepada para pengunjung dan peniaga untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi garis pandu yang telah disediakan oleh pihak kementerian.

Poster Senarai Food Truck

Attachments