Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
PENYERAHAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM SELURUH NEGARA PADA 4 MEI DAN 5 MEI 2020 MELALUI KAEDAH PENYERAHAN SECARA PANDU LALU (DRIVE-THROUGH).
02 May 2020

‚Äč[Sumber Berita: Jabatan Pembangunan Masyarakat, KKBS]

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 2 Mei 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei Muara; Jabatan Daerah Belait; Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan mengadakan penyerahan derma kepada anak-anak yatim di seluruh negara pada 4 Mei dan 5 Mei 2020 melalui kaedah penyerahan secara pandu lalu (drive-through).

1)    4 Mei 2020 (Isnin) dan 5 Mei 2020 (Selasa)

Keadah penyerahan derma melalui pandu lalu di keempat-empat dearah akan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari:

  • Daerah Brunei Muara - Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas;
  • Dearah Tutong - Dewan Setia Kenangan, Tutong;
  • Dearah Belait - Dewan Persidangan Kuala Belait;
  • Daerah Temburong - Bangunan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Temburong.

2)    6 Mei 2020 (Rabu) hingga 8 Mei 2020 (Jumaat)

Kaedah penyerahan derma akan dibuat di semua cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di semua daerah.


Dipohonkan kerjasama daripada semua pihak agar dapat mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan, terutama bagi memastikan kaedah-kaedah keselamatan dalam keadaan negara menghadapi pandemik Covid19 pada masa ini, seperti berikut:

1) Cuma seorang sahaja wakil bagi setiap keluarga yang dibenarkan untuk mengambil sumbangan di tempat-tempat yang dinyatakan di daerah masing-masing.

2) Tidak dibenarkan sesiapa yang dalam keadaan berikut untuk hadir ke tempat penyerahan derma iaitu:

- Kurang sihat terutamanya yang mempunyai masalah pernafasan, demam panas, selsema dan batuk;

- Warga emas mempunyai penyakit kornik;

- Mempunyai terimunokompromi seperti penyakit-penyakit  buah pinggang, paru-paru, cancer dan sebagainya;Wanita yang mengandung;

- Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun;

3) Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial;

4) Kehadiran secara berperingkat dan tidak hadir terlalu awal.


Dokumen-dokument yang diperlukan:

Anak yatim atau wakil adalah dikehendaki untuk membawa dokumen-dokumen asal bagi anak-anak yatim yang diwakilkan. Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

- Kad anak yatim (yang dikeluarkan oleh JAPEM)

- Kad pengenalan asal/ surat beranak anak-anak yatim asal

- Kad pengenalan asal wakil


Sumbangan-sumbangan yang akan diserahkan ini ialah derma daripada Tabung Anak Yatim, Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara; dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD

Jumlah keseluruhan anak yatim di seluruh negara yang berdaftar di bawah JAPEM ialah 4,436.

Jumlah sumbangan daripada:

- Tabung Anak Yatim di bawah kendalian JAPEM - sebanyak $221,800.00; 

- Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara - $42,720.00;

- Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) - $221,800.00


Kadar sumbangan yang dihulurkan kepada anak-anak yatim di seluruh negara melalui JAPEM adalah tertakluk kepada jumlah sumbangan yang diterima daripada orang ramai kepada Tabung Anak Yatim, JAPEM. Orang ramai adalah digalakkan untuk memberikan sumbangan berbentuk kewangan kepada Tabung Anak Yatim sama ada melalui:

1) Urus Setia Tabung Anak Yatim

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Tingkat 2, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.


2)  Derma melalui SMS Brunei Prihatin bagi Tabung Anak Yatim
- bermula pada 2 Mei 2020 - 31 Julai 2020 (bagi tempoh 3 bulan);

Taip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif. 


Untuk pertanyaan lanjut orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) ditalian 2380704 semasa waktu pejabat atau menghubungi hotline JAPEM iaitu Talian Kebajikan 141 serta Talian ANAK 121.


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan SMS Brunei Prihatin dan Penyerahan Derma Anak Yatim iaitu Radio Televisyen Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Daerah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Datastream Digital Sendirian Berhad; Progresif Sendirian Berhad, para sukarelawan, serta rakan-rakan media.

Attachments