Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
PERMULAAN PROSES DE-ESCALATION BAGI PEMBUKAAN SEMULA PUSAT DAN FASILITI SUKAN SECARA BERFASA-FASA BERMULA 16 MEI 2020
16 May 2020

Sukacita Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan berikutan perkembangan terkini wabak COVID-19 dalam 'Permulaan Proses De-Escalation Bagi Pembukaan Semula Pusat Dan Fasiliti Sukan Secara Berfasa-Fasa'.

Permulaan Proses De-Escalation Bagi Pembukaan Semula Pusat Dan Fasiliti Sukan Secara Berfasa-Fasa

Sukacita merujuk kepada Kenyataan Media Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada hari Rabu, 18 Mac 2020 mengenai penutupan fasiliti sukan serta fasiliti–fasiliti lain, Alhamdulillah, berasaskan kepada kenyataan Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de-escalation, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengambil langkah untuk melaksanakan Fasa Pertama Pembukaan Semula Pusat-Pusat Dan Fasiliti Sukan Di Seluruh Negara (ataupun Operational Readiness Level 1) bagi 4 jenis pusat dan fasiliti sukan bermula pada hari Sabtu, 16 Mei 2020 iaitu:

  1. Gym dan Fitness Centres;
  2. Fasiliti Sukan Tertutup (indoor);
  3. Fasiliti Sukan Luar (outdoor);
  4. Padang Golf.

    **[Kolam-Kolam Renang masih ditutup buat masa ini]

Di bawah Operational Readiness Level 1, fasiliti bagi 4 jenis pusat dan fasiliti sukan akan beroperasi secara terhad dengan berlandaskan kepada Syarat-syarat dan Garispandu yang telah dipersetujui bersama Kementerian Kesihatan seperti berikut:

1)      Gym dan Fitness centres

  • Dibenarkan beroperasi semula dengan 30% kapasiti sahaja dalam satu masa;
  • Fasiliti tersebut hanya dibukakan kepada ahli-ahli yang berdaftar sahaja dan para pengguna hendaklah mendaftar secara advanced (pre-booking);
  • Dibenarkan untuk menggunakan fasiliti tersebut untuk satu jam.

     

2)      Fasiliti Sukan Tertutup (indoor) dan 3) Fasiliti Sukan Luar (outdoor)

  • Dibenarkan untuk beroperasi semula dengan 30% kapasiti sahaja dalam satu masa;
  • Pengguna fasilti hendaklah mendaftar secara advanced (pre-booking) dan penggunaan hanyalah bagi sukan persendirian (solo player);
  • Organised sports, sukan berpasukan dan sukan yang melibatkan kontak (contact activity) adalah tidak dibenarkan.
  • Para pengguna hendaklah membawa peralatan sukan sendiri dimana perkongsian peralatan tersebut adalah tidak dibenarkan.

     

3)      Padang Golf

  • Hanya dibukakan kepada ahli-ahli yang berdaftar sahaja dimana pengguna juga hendaklah mendaftar secara advanced (pre-booking);
  • Setiap flight adalah dihadkan kepada 2 pemain sahaja dan kenderaan Buggy hanya boleh menampung seorang pengguna pada satu masa;
  • Para pengguna juga hendaklah membawa dan menggunakan peralatan sukan sendiri.

     

    Sehubungan dengan itu, sukacita diingatkan kepada para pemilik dan pengguna fasiliti untuk memuat turun aplikasi BruHealth untuk tujuan pendaftaran kod QR.

    Diingatkan bahawa garispandu yang sedia ada juga hendaklahlah terus dipraktikkan, antaralain, dengan sentiasa mengamalkan tanggungjawab sosial (social responsibility)memastikan penjarakkan fizikal (physical distancing), dan memastikan kebersihan diri, peralatan dan persekitaran fasiliti pada setiap masa.

    Untuk maklumat lanjut, premis dan orang ramai boleh merujuk kepada garispandu yang terperinci yang telah disediakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan yang hendaklah dipatuhi.


Garis Panduan Bagi Kesediaan Operasi Tahap 1 Bagi Fasiliti Sukan Secara Berperingkat (sila tekan link bawah)
Attachments