Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
PAMERAN DAN BENGKEL SENI KHAT DAN LUKISAN KESENIAN ISLAM DAN AKTIVITI JUALAN SEMPENA SAMBUTAN INTERNATIONAL DAY OF ISLAMIC ART
24 Nov 2020

Sukacita memaklumkan bahawa pihak ICESCO menjemput pihak agensi-agensi yang berkaitan di Negara Brunei Darussalam bagi meraikan sambutan International Day of Islamic Art pada 18 hingga 24 November 2020 .

Inisiatif ini adalah ke arah melaksanakan the Resolution of the General Conference of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada tahun 2019 berdasarkan rekomendasi Executive Council UNESCO bagi mempersetujui cadangan Kerajaan Bahrain untuk meraikan The International Day of Islamic Art pada setiap 18 November sebagai penghargaan bagi usaha-usaha The Bahrani Authority for Culture and Antiquities semasa Sambutan Muharraq sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam (Benua Arab) pada tahun 2018.

Seterusnya memaklumkan bahawa Kementerian ini akan mengadakan Pameran dan Bengkel Seni Khat dan Lukisan Kesenian Islam dan diikuti dengan aktiviti jualan sempena  Sambutan International Day of Islamic Art selama sehari pada 24 November 2020 bertempat di Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

 International Day of Islamic Art (1).jpg


International Day of Islamic Art (2).jpg

Attachments