Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN (KKBS) 2020-2024
22 Dec 2020

‚ÄčBandar Seri Begawan, Selasa, 22 Disember 2020

Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (2020-2024) diadakan di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Buku Pelan Strategik KKBS 2020-2024 memanifestasikan perancangan empat (4) tahun Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam mencapai visi "Bangsa Brunei Cemerlang" dengan memfokuskan kepada lima (5) hasil pencapaian visi mengikut empat (4) bidang utama iaitu Sektor Kemasyarakatan, Sektor Kebeliaan, Sektor Kesukanan dan Sektor Kebudayaan serta Tadbir Urus Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.   

Bagi perlaksanaan inisiatif di bawah Sektor Kemasyarakatan pihak Kementerian menjurus kepada Masyarakat Yang Progresif yang bermaksud ekosistem pembangunan keupayaan masyarakat yang mampan, dinamik, berdaya tahan dan inklusif secara progresif. 

Dalam Sektor Kebeliaan, inisiatif perlaksanaan ialah Belia Siaga Masa Depan melihat kepada belia bertaraf dunia yang berteraskan nilai, sebagai agen perubahan siaga masa hadapan bagi pembangunan negara dengan berakarumbikan keinklusifan. 

Dalam perlaksanaan di bawah inisiatif Sektor Kesukanan, tumpuan difokuskan kepada pencapaian Negara Sukan Yang Gemilang iaitu bagi mencapai kecemerlangan dalam sukan yang kompetitif, kemajuan dalam pembangunan sukan dan kesejahteraan masyarakat. 

Manakala bagi perlaksanaan inisiatif di bawah Sektor Kebudayaan, Kementerian berhasrat ke arah  Budaya Dinamik dan Pengukuhan Warisan iaitu budaya dan warisan negara sebagai tonggak perpaduan yang terus relevan dalam menyumbang ke arah pembangunan negara. Bagi perlaksanaan inisiatif terakhir di bawah Tadbir Urus Pentadbiran iaitu memfokuskan ke arah Persekitaran Kerja Inklusif dan Produktif  agar warga kerja KKBS terlibat aktif, cekap, berkebolehan dan berkeyakinan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti yang memenuhi pelbagai keperluan dan mampu melaksanakan objektif-objektif strategik.

Buku Pelan Strategik KKBS 2020-2024.jpg

Sila tekan Link di bawah untuk Buku Pelan Strategik KKBS 2020-2024

http://www.kkbs.gov.bn/Documents/Pelan_Strategik_2020_2024_Bm.pdf 

Attachments