Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PELANCARAN BUKU RANGKA KERJA KEBANGSAAN BAGI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (NATIONAL FRAMEWORK ON CHILD PROTECTION-NFCP)
22 Dec 2020

‚ÄčBandar Seri Begawan, Selasa, 22 Disember 2020 

Majlis Pelancaran Buku Rangka Kerja Kebangsaan Bagi Perlindungan Kanak-Kanak (National Framework On Child Protection-NFCP) diadakan di Dewan Digadong.

Pemberigaan buku NFCP yang memfokuskan kepada kanak-kanak dan orang muda yang berumur di bawah 18 tahun.

Buku NFCP mengandungi beberapa strategi utama yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak termasuk dari aspek dasar, undang-undang dan etika; mekanisme pemantauan; koordinasi di antara agensi; perkhidmatan sosial; sokongan keluarga; penglibatan masyarakat; pencegahan; penglibatan kanak-kanak dan peningkatan latihan dan kapasiti.

Penghasilan rangka kerja ini adalah berasaskan kepada dokumen-dokumen yang terkandung di dalam Wawasan Brunei 2035; Pelan Tindakan Kesejahteraan Kanak-Kanak di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS); United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC); dan Regional Plan of Action on Violence Against Children (2016-2025) di bawah ASEAN Commission on the Discrimination and Protection on the Rights of Women and Children.

 IMG_20201222_141204.jpg

Sila tekan Link di bawah untuk Buku Rangka Kerja Kebangsaan Bagi Perlindungan Kanak-Kanak atau National Framework on Child Protection (NFCP)

http://japem.gov.bn/Documents/nfcp.pdf


Attachments