Visi dan Misi
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Matlamat Visi dan Misi
- Memberikan hala-tuju yang jelas dan bermakna kepada masyarakat melalui kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.
- Memupuk masyarakat penyayang dan prihatin.
- Meningkatkan semangat kesukarelaan.
- Menyemai semangat kekitaan dan patriotisme.
- Membentuk masyarakat yang cergas, cerdas, bermaklumat, berdaya tahan, sihat dan seimbang.
- Mengadakan panduan nasional yang menyeluruh bagi membolehkan pembentukan masyarakat yang memiliki jatidiri tulen berasaskan falsafah Negara.
Objektif Visi dan Misi
Menjelang Tahun 2015 KKBS telah :
- Mempunyai dasar dan panduan nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.
- Berupaya meningkatkan penyertaan aktif rnasyarakat dalarn menangani hal-hal Kebajikan, Kemasyarakatan, Kebudayaan, Kebeliaan dan Kesukanan.
- Membudayakan semangat kesukarelaan dan berdikari di kalangan semua peringkat masyarakat.
- Melibatkan secara aktif berbagai agensi dalam mengukuhkan nilai-nilai patriotisme, keusahawanan dan semangat kekitaan dikalangan masyarakat khususnya belia.
- Memiliki prasarana dan kemudahan asas dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan diseluruh negara.
- Sama-sama berupaya meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap falsafah Negara.
- Berupaya mencipta persekitaran yang kondusif bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berbudaya tinggi.
Rancangan Strategi
- Menggubal dan melaksanakan Dasar dan Panduan Nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.
- Mengadakan program-program yang dapat menjana penglibatan masyarakat dalam bidang kebajikan, kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.
- Meningkatkan rangkaian dan perkongsian pintar dalam semua bidang.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai murni dan luhur termasuk Semangat Kesukarelaan.
- Memperkasa agensi-agensi dan semua peringkat masyarakat dalam bidang-bidang Kebudayaan, Kesukanan, Kebeliaan dan Kemasyarakatan.
- Meningkatkan kerjasama yang bersepadu di antara semua agensi dan semua peringkat masyarakat dalam semua bidang.
- Memperkasa belia melalui penyediaan kemudahan latihan dan rancangan pembinaan diri. Meningkatkan penglibatan orang ramai dalam Sukan untuk Masyarakat dan Sukan untuk Kecemerlangan.
Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal
- Tenaga Kerja Yang Berkebolehan (Competent) - berkelayakan, didikasi, mahir, komited, yakin, profesionalisme, perkongsian kebersamaan nilai (shared values) dll.
- Sistem Pengurusan Yang Berkesan - Pensejajaran dan koordinasi bagi KKC, MPK, TPOR dan lain-lain.
- Peruntukkan - Kewangan yang mencukupi dan fasilitas prasarana terkini.
- Jaringan (Networking) Berkesan Dan Efisen Dengan Rakan Kerja (Stakeholders) KKBS.
- Perkongisan Kebersamaan Nilai (shared values).
- Latihan Profesionalisme Yang Berterusan Dalam Pelbagai Bidang Kepakaran.
[
atas ]
Nilai-Nilai Utama Organisasi
Berdasarkan Rukun Akhlak Dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam
- Bersih, jujur dan amanah
- Cekap, cepat dan tepat
- Titih, lutanan dan menghargai masa
- Berilmu, kreatif dan inovatif
- Beriltizam,keterbukaan dan bertanggungjawab
- Sabar, tabah dan bersopan
- Teladan dan Kepimpinan terbaik
- Setiakawan, syura dan bermuafakat
- Berjimat cermat
- Pemedulian
- Kesejagatan (keuniversalan)
- Berdayasaing
- Profesionalisme
- Penurunan kuasa (empowerment)
- Kesedarhanaan (moderation, wasathiyah, non-extreme)
- Berbaik Sangka (toleransi, tasammuh)
- Penyayang
- Kerja Berkumpulan
- Hormat Menghormati
- Bermotivasi
| |