​​​​​​​​​​​ ​​​​​​​​BRUNEI ​DARUSSALAM ANTI-DOPING COMMITTEE

PERATURAN ANTI-DOPING BRUNEI DARUSSALAM 2021

Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (BDADC) adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap anti-doping di  Brunei. Sebagai Organisasi Anti-Doping Kebangsaan (NADO), BDADC menjalankan tanggungjawab dan peranannya menurut Kod Anti-Doping Dunia 2021 (Kod Anti Doping Dunia 2021). Semua pihak berkepentingan utama terutamanya persatuan persekutuan sukan kebangsaan akan menerima dan mematuhi kod dan peraturan ini. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua atlet, kumpulan sokongan atlet dan semua pihak berkepentingan untuk menerima dan mematuhi apa yang terkandung dalam kod dan peraturan ini.​

Baca Peraturan Anti-Doping Brunei Darussalam 2021 di sini.​

​​exempt.png

Tanggungjawab Per​sekutuan/Persatuan, Atlet dan Pegawai Bantu​​

​​​check.png
​Mengetahui dan mematuhi semua polisi dan peraturan anti-doping yang terkandung dalam Kod yang dikhususkan buat atlet​
check.png
​Bekerjasama dan mematuhi program Ujian Doping bagi Atlet​
check.png
​Menghadiri mana mana Program Jangkauan Pendidikan dan Program Taklimat yang disediakan oleh BDADC​
check.png
​Sentiasa mengemaskini keberadaan mereka melalui ADAMS​
check.png
Memupuk pengetahuan anti-doping melalui nilai kesukanan dan tingkah laku sukan Atlet
​​check.png
​Memaklumkan kepada BDADC dan Persekutuan Antarabangsa tentang sebarang keputusan oleh penemuan Non-Signatory bahawa Atlet melakukan pelanggaran peraturan anti-doping dalam tempoh sepuluh 10 tahun sebelumnya
check.png
​Bekerjasama dan berhubung dengan Organisasi Anti-Doping yang menyiasat pelanggaran peraturan anti-doping jika ada
check.png
​Tidak menggunakan mengambil atau memiliki sebarang Bahan Terlarang atau menggunakan Kaedah Terlarang tanpa Justifikasi yang sah
check.png
Menyemak status pada Senarai Bahan Larangan atau dengan BDADC dan jika bahan atau ubat yang mereka makan ada terdapat dalam senarai larangan atlet perlu mengikuti proses untuk memohon TUE
check.png
Mendaftar ke laman web Pendidikan dan Pembelajaran Anti Doping (ADEL WADA) dan melengkapkan sekurang-kurangnya satu Modul yang tersedia di laman web