​​Setiausaha Tetap​ ( Kebeliaan )



 

Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin

​ Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 18 Julai 2022.
​ Awang Haji Zakaria mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam pada 1991 dan pernah menjawat beberapa jawatan antaranya sebagai Penasihat kepada Pengarah Eksekutif SEA Group Office, World Bank, Washington D.C., Pengarah Kewangan dan Perolehan di Kementerian Pertahanan, Pengarah Belanjawan di Kementerian Kewangan, Pemangku Jurukira Agung di Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Timbalan Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam, Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance) di Kementerian Kewangan dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan.
Awang Haji Zakaria juga pernah dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif di Brunei Neuroscience, Stroke and Rehabilitation Centre (BNSRC) dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sendirian Berhad dan anak syarikat iaitu Takaful Brunei Am Sendirian Berhad dan Takaful Brunei Keluarga Sendirian Berhad.
Bidang tugas Awang Haji Zakaria di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus hal ehwal kebeliaan di samping hal ehwal kewangan dan tadbir urus Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pada tahun 1991, Awang Haji Zakaria telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dari Huddersfield Polytechnic, United Kingdom dalam jurusan Accounting Studies. Antara hobi dan minat Awang Haji Zakaria di masa lapang ialah membaca, melakukan aktiviti kembara (hiking) dan berjoging.​​
​​