​​​​​Setiausaha Tetap ( Kebudayaan )



 
Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan

​​​​​
Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 19 November 2019. Terdahulu sebelum itu, beliau merupakan Setiausaha Tetap (Perindustrian) di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian sejak 31 Julai 2018. Sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap, Pengiran Haji Mohd Hasnan pernah memegang jawatan Pengarah Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat di Kementerian Kewangan dan juga Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja di Jabatan Kastam dan Eksais, Kementerian Kewangan.
Pengiran Haji Mohd Hasnan mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam pada 2002 sebagai Pegawai Pentadbir di bawah Skim Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (Brunei Administrative Service - BAS) dan menjawat pelbagai jawatan yang meliputi bidang Pentadbiran dan Kewangan; Kuasa-Kuasa Tempatan; Pembangunan Masyarakat; Penggubalan Dasar; Pembaharuan Perkhidmatan Awam; Sumber Manusia; Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE); Kastam dan Eksais; Penguatkuasaan; dan pemudahcara perdagangan (Ease of Doing Business). Ini termasuklah penempatan di Jabatan Perkhidmatan Awam, Pejabat Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.​
​Portfolio Pengiran Haji Mohd Hasnan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan meliputi bertanggun​gjawab untuk menyelaras dan mengurus hal ehwal kebudayaan di samping hal ehwal strategi dan dasar di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk hal ehwal produktiviti Kementerian, perhubungan awam, audit dalaman, pembangunan sumber manusia (HRD) dan Info-Teknologi. Beliau juga merupakan CIO (Chief Information Officer) bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pengiran Haji Mohd Hasnan memperolehi ijazah Sarjana Muda (Hons) dari South Bank University, London, United Kingdom dalam jurusan International Tourism and Hotel Management. Pada tahun 2006, Pengiran Haji Mohd Hasnan dianugerahkan ijazah Sarjana oleh Griffith University, Australia dalam jurusan Human Resource Management. Antara hobi dan minat Pengiran Haji Mohd Hasnan ialah membaca, aktiviti kembara (hiking), bermain bolasepak dan futsal.​