​​​​​Setiausaha Tetap ( Kesukanan )

 

Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud

​​

Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 11 April 2019. Sebelum ini beliau merupakan Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sejak 15 Disember 2018.​​

Pengiran Mohd Amirrizal mula berkhidmat di Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pentadbir Pelatih pada bulan Jun 1998 dan telah menjawat beberapa jawatan yang meliputi Pentadbiran dan Kewangan, Estet, Sebutharga, Lembaga Kakitangan bagi Pengambilan Jawatan Tetap dan Bergaji Hari, Disiplin, Perumahan, IT, Penguatkuasaan, HRD, Penggubalan Akta dan Dasar, HSSE dan meneliti proses-proses kerja untuk memudahcara orang ramai berurusan dan memperbaiki TPOR dari masa ke semasa untuk mendukung hasrat kerajaan dalam Ease Of Doing Business selaras dengan penempatan beliau di beberapa buah Jabatan dan Kementerian seperti Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Buruh, Kementerian Pertahanan, Jabatan Daerah Temburong, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Pengangkutan Darat.

​Bidang tugas Pengiran Mohd Amirrizal di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus hal ehwal kesukanan di samping hal ehwal pentadbiran dan estet Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pengiran Mohd Amirrizal mempunyai Ijazah BA (Hons) in Public Policy and Administration di Universiti Brunei Darussalam dan beliau juga pernah menjawat sebagai Penolong Setiausaha Agong, Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam.  Hobi beliau adalah hiking, bermain futsal dan bola sepak. ​