Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMengenai BSBCIC

Pengenalan

Program Ibu Negara Ketamadunan Islam adalah inisiatif Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Islam, Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Islam, OIC. Pengiktirafan ini diberikan kepada Ibu Negara yang memiliki sejarah dan kecemerlangan ketamadunan Islam, menyumbang dalam memperkaya ketamadunan Islam dan kemakmuran budaya manusia dan mempunyai mercu tanda ketamadunan Islam.

Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) telah menyaksikan transformasi sebuah bangsa, melahirkan ketamadunan Islam dan pembangunan kemanusiaan yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja lebih dari 600 tahun.  Melayu Islam Beraja diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat dan negara dan berjaya membawa negara ini ke arah kemakmuran dan kedaulatan. Ketamadunan ini membawa kemakmuran kepada Negara Brunei Darussalam dan dibuktikan dengan pelbagai transformasi di negara ini terutama sekali di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan).  Pemilihan Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamadunan Islam bertepatan sekali dengan status Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara yang menjadikan Islam sebagai perundangan dan Negara Zikir sebagai matlamatnya.

Sepanjang tahun ini, pelbagai kegiatan akan diadakan bersempena dengan pengisytiharan ini. 

 Introduction

The Islamic Culture Capital Programme is an initaitive by the Islamic Conference of Culture Minister, Islamic Scientific, Education and Cultural Organisation of OIC.  This recognition is given to capital of Islamic nations that enjoys a confirmed historical status and a arge scientific renown conferring on it a prominent cultural position in its country and region thrghout Islamic history; has an outstanding contribution to islamic civilisation and possesses Islamic civilisational landmarks.

Brunei Town (Bandar Seri Begawan) witnessed the transformation in a period of 600 years, of a nation of Islamic Civilisation and human development based on the Malay Islamic Monarchy philosophy. Malay Islamic Monarchy is immersed and practised in the social level and at state level that brought prosperity and sovereignty.  The Islamic Civilisation can be seen in the caountry especially in Bandar Seri Begawan.  The nomination of Bdnar Seri Begawan as the Islamic Culture Capital coincides with the status of Brunei Darussalam as a nation-state that puts Islam as the legislation and with the objectives of a Zikir Nation.

Throughout 2019, numerous activities will be held in conjunction with this declaration.