Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Linkslatest Announcement

  
  
Body
  
  
8/3/2019

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli-ahli jawatankuasa Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14 bagi tahun 2019.

03 Aug 2019
  
8/3/2019

Anugerah Belia Cemerlang diraih oleh Dayang Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd Salleh, seorang usahawan dan pengurus bagi tujuh buah syarikat tempatan di negara ini.

Anugerah tersebut adalah sebagai pengiktirafan kepada belia atas jasa yang cemerlang dalam kerja atau usaha-usaha yang ditunjukkan dalam mengangkat nama negara dalam pelbagai bidang dan di peringkat antarabangsa.

03 Aug 2019
  
8/3/2019

​Anugerah Belia Berkhidmat diberikan kepada Dayang Dr. Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman yang merupakan Pengasas dan Mentor kepada Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong. 

Bagi anugerah kategori ini, diberikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada belia yang telah berkhidmat secara berterusan untuk masyarakat di negara ini dalam pelbagai bidang selaras dengan matlamat Wawasan Negara Brunei 2035.

03 Aug 2019
  
8/3/2019

Anugerah Pemimpin Muda Belia pula diterima oleh Pengiran Salimatul Sa'ada binti Pengiran Mohd Saleh, yang bertugas sebagai Pegawai Pelajaran di Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok dan merupakan Yang Di-Pertua Persatuan Society For Community Outreach & Training (SCOT).

Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan atas khidmat cemerlang yang telah diberikan oleh pemimpin muda dalam memajukan organisasi atau persatuan yang telah dipimpinnya secara berterusan, menanai dan merealisasikan Wawasan Negara 2035.

Anugerah tersebut merupakan aspirasi dalam melahirkan pemimpin belia yang mandiri, berwibawa dan berwawasan.

03 Aug 2019
  
8/3/2019

Projek Dart daripada Dart Logistics Sdn. Bhd., memenangi bagi Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia.

Anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf projek-projek belia yang berjaya diungkayahkan dalam memacu pembangunan masyarakat belia di pelbagai bidang terutama dalam era peledakan Industri Revolusi 4.0.

Projek-projek yang diungkayahkan adalah satu inovasi pembangunan dan kemajuan selaras dengan aspirasi negara dan era ekonomi digital.

03 Aug 2019
  
8/5/2019

HELIOPOLIS, KAHERAH, REPUBLIK ARAB MESIR, Isnin, 5 Ogos 2019 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Pemerintah Republik Arab Mesir menandatangani MoU dalam Kerjasama Kebudayaan.

Majlis Penandatanganan MoU tersebut diadakan di Kementerian Kebudayaan, Republik Arab Mesir.

Menandatangani MoU bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, manakala bagi pihak Pemerintah Republik Arab Mesir, Menteri Kebudayaan Republik Arab Mesir, Puan Yang Terutama Enas Abdel Dayem.

05 Aug 2019
  
8/7/2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Ogos 2019

Pusat Sejarah Brunei (PSB) mengadakan Majlis Pelancaran Buku Legasi Payung Negara : Aspirasi, Cita-Cita dan Hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pelancaran buku disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di pusat berkenaan.

Buku setebal 778 muka surat dan mengandungi 13 bab itu merupakan hasil nukilan Pengetua PSB, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar.

Buku tersebut antara lain mencatatkan mengenai perkembangan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai raja, dengan menceritakan riwayat hidup baginda sejak diputerakan, dipuspakan menjadi Sultan, seterusnya menjalankan pemerintahan dengan penuh adil laila saksama demi mencapai aspirasi, cita-cita dan hasrat baginda.

07 Aug 2019
  
8/23/2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 23 Ogos. - Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup dan Malam Gala di Hua Ho Manggis Ballroom.

Majlis Penutup dan Malam Gala diserikan lagi dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC).

Berangkat sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Aliiyah Amalul Bulqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

Kontinjen Wushu Negara Brunei Darussalam berjaya mengutip 4 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 berlangsung pada 19 hingga 24 Ogos 2019, disertai oleh 19 buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam; Republik Raykat China; Chinese Taipei; Filipina; Hong Kong-China; India; Indonesia; Iran; Jepun; Jordan; Kazakhstan; Korea; Kyrgyzstan; Lebanon; Macau-China; Malaysia; Singapura; Sri Lanka; dan Viet Nam dengan penyertaan daripada 265 atlet yang bertanding dalam acara Wushu Sanda dan Taolu.

Kejohanan dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Brunei Darussalam (WUFBD) dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

23 Aug 2019
  
8/26/2019
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Ogos. - Berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah di Dermaga Diraja ibu negara pada perlawanan-perlawanan Regata Brunei Darussalam (RBD) 2019 sesi pagi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Kategori Lumba Perahu Tradisi Antara Kementerian-kementerian 25 Pekayuh:

Juara - Pasukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) catatan masa 3 minit 26 saat, hadiah wang tunai BND900 dan trofi.

Kedua - Pasukan Kementerian Pertahanan di  dengan catatan masa 3 minit 27 saat menerima hadiah wang tunai BND800 dan trofi.

Ketiga - Pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan masa 3 minit 46 saat, hadiah wang tunai BND600 dan trofi.

TAHNIAH DAN SYABAS.


26 Aug 2019
  
8/28/2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Ogos 2019 - Mesyuarat Belia Komanwel Bagi Pegawai-Pegawai Kanan (Rantau Asia) diadakan di Hotel Centrepoint, Gadong selama 3 hari bermula dari 27 hingga 29 Ogos 2019.

Delegasi yang ikut serta dalam mesyuarat tersebut terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Bangladesh, India, Malaysia, Pakistan, Singapura dan Sri Lanka. Antara topik yang akan dibincangkan dalam mesyuarat 3 hari tersebut akan menyentuh mengenai penyertaan belia dalam bidang keusahawanan, isu-isu belia serantau termasuk keutamaan dan peluang belia, dan pembangunan belia.  

Mesyuarat yang berlangsung dibahagikan kepada tiga kumpulan; khusus bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Belia dan Kumpulan Pekerja Belia/Rakan Strategik.

28 Aug 2019
  
9/5/2019


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta penglibatan semua kementerian-kementerian yang lain serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam akan mengadakan RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2019 pada:

 Tarikh:      Ahad, 8 Muharram 1441H / 8 September 2019M

Jam:         7.00 Pagi

Tempat:    Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan untuk berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 tersebut.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 dianjurkan sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 Tahun; dan Acara Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni dan Belia Kebangsaan 2019 Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2019 serta Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2019.

Acara riadah ini diadakan sewaktu Program Bandarku Ceria yang lazimnya dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah dan akan diserikan lagi dengan tazkirah bertajuk 'Budaya Sihat Cepat Merebak'.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 akan mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 11.50 kilometer.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 ini akan dilaksanakan oleh para belia dengan bertujuan bagi memberikan peluang dan kesedaran kepada para belia dalam aspek kekeluargaan dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi keluarga serta perubahan mindset yang lebih positif yang mana acara ini nanti adalah bertemakan 'Belia Ceria Keluarga Bahagia' dengan pengisian aktiviti dibahagikan kepada dua (2) zon dan akan dikendalikan oleh agensi kerajaan, swasta, persatuan-persatuan dan kelab-kelab belia, sukan dan yang berkaitan iaitu:

 1. Zon Kreativiti Dan Inovasi      - Zon ini akan menumpukan kepada aktiviti-aktiviti belia dalam bentuk industri kreatif serta belia-belia yang bergiat aktif di dalam bidang teknologi.

2. Zon Sukan Ria dan Keluarga - Zon ini akan menumpukan kepada aktiviti-aktiviti sukan (sukan tradisi dan ria) termasuk aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak dan keluarga.


05 Sep 2019
  
10/1/2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Oktober 2019 - Talian ANAK 121 dengan slogan 'Kami Mendangar' adalah talian bantuan kanak-kanak bebas tol yang beroperasi bagi kegunaan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam yang mana inisiatif tersebut adalah kerjasama di antara JAPEM dan TelBru.

Objektif penubuhan talian tersebut adalah antara lain untuk meningkatkan sistem perlindungan bagi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi serta untuk menyediakan saluran komunikasi yang khusus bagi kegunaan kanak-kanak yang mungkin berada dalam kesusahan serta memerlukan penjagaan dan perlindungan daripada penderaan ibu, bapa atau penjaga, penyalahgunaan dadah, buli, rasa bunuh diri atau kesulitan dalam keluarga.

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya Talian ANAK 121, ia akan dapat menggalakkan kanak-kanak untuk bersuara, meluahkan perasaan dan membuat aduan tanpa rasa takut agar isu-isu yang dihadapi dapat ditangani dengan segera oleh pihak-pihak tertentu.

Talian ANAK 121 ini adalah selaras dengan strategi dan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan sosial kepada kanak-kanak seperti terkandung dalam Pelan Tindakan Kesejahteraan Kanak–Kanak melalui Jawatankuasa Khas Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Majlis Kebangsaan Isu Sosial.

01 Oct 2019
  
10/2/2019

Bandar Seri Begawan, 02 Oktober 2019 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Urus Setia Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019 memaklumkan bahawa 2 projek inisiatif di bawah Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Islam (ISESCO) adalah dibukakan kepada pihak-pihak yang berkenaan, iaitu:

  1. Anugerah Projek Kebudayaan Cemerlang Bandar Raya Kebudayaan Islam ISESCO;
  2. Anugerah Insentif ISESCO Dalam Industri Tradisional dan Kraftangan.

Anugerah Projek Kebudayaan Cemerlang Bandar Raya Kebudayaan Islam ISESCO;

Anugerah Projek Kebudayaan Cemerlang Bandar Raya Kebudayaan Islam ISESCO dibukakan bagi projek yang terbaik yang memenuhi kriteria ISESCO seperti urus tadbir terbaik, membawa segenap lapisan masyarakat untuk berpartisipasi, meningkatkan dimensi budaya, serta menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamadunan Islam. Anugerah ini adalah dalam bentuk wang berjumlah USD5,000.00.

Anugerah ini menggalakkan mana-mana pihak untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang mantap; menekankan pengurusan penyertaan projek-projek kebudayaan (participatory management) dan kepentingan aspek kebudayaan (cultural dimension) dalam dasar bandar (urban policies) dan perancangan Bandar Raya Kebudayaan Islam (Capital of Islamic Culture); dan akhir sekali, menggabungkan perkhidmatan sektor kebudayaan dan warisan dalam pembangunan ekonomi dan sosial Bandar Raya Kebudayaan Islam (Capital of Islamic Culture).


Anugerah Insentif ISESCO Dalam Industri Tradisional dan Kraftangan.

Manakala, Anugerah Insentif ISESCO dalam Industri Tradisional dan Kraftangan akan diberikan pengiktirafan sijil kecemerlangan kepada individu yang cemerlang di Negara Brunei Darussalam di atas penghasilan karya-karya seni kraftangan. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan produk yang mempunyai keunikan dan keaslian dari aspek ketamaduan, turun-temurun dan mempunyai ciri-ciri keislaman; kemapanan dan diterima umum, mantap, kukuh, stabil dan diguna pakai diperingkat kebangsaan dan antarabangsa;  produk diiktiraf sebagai produk industri samada industri kotej, atau industri besar dan pada masa yang sama memberikan impak kepada ekonomi negara.


Pendaftaran dibukakan sehingga hari Sabtu, 02 November 2019. Borang pendaftaran dan syarat-syarat penyertaan bolehlah dimuat turun di laman sesawang www.bsbcic2019.gov.bn  atau di Urus Setia, Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019, Tingkat 5, Bahagian Kebudayaan dan kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


02 Oct 2019
  
10/10/2019

Makluman:

Borang Penyertaan boleh diperolehi dari pautan (link) atau alamat berikut:

Pautan: 

ttp://www.kkbs.gov.bn/Documents/Borang-Pertandingan-Logo-HK36-FINAL.pdf

 

Alamat: 

Urus Setia (U/P: Pertandingan Mencipta Logo)

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020

Tingkat 7, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan

Bandar Seri Begawan BS8110

Negara Brunei Darussalam

 

Telefon : 2382911 / 2381903 / 2381905 / 2380693 ext. 1661

Website : www.kkbs.gov.bn

Email : urusetiahk@kkbs.gov.bn

 

Ciptaan logo hendaklah dihantar bersama borang yang lengkap dalam sampul surat ke Urus Setia Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020 tidak lewat hari Khamis, 31 Oktober 2019.


10 Oct 2019
  
10/17/2019

Makluman:

Borang Penyertaan boleh diperolehi dari pautan (link) atau alamat berikut:

Pautan:                http://bit.ly/Baris_HK36

Alamat:               

Urus Setia (U/P: JAWATANKUASA KERJA KECIL PERBARISAN)

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020

Tingkat 7, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan

Bandar Seri Begawan BS8110

Negara Brunei Darussalam

 

SILA KEMBALIKAN BORANG INI TIDAK LEWAT PADA HARI SABTU, 30 NOVEMBER 2019


17 Oct 2019